Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, July 13, 2010

FA pasu tin dan signage

Kali ni ada dua tempahan yang saya nak share dengan kengkawan iaitu bekas tin dan signage. Bekas tin ni tempahan Susan dan Susan memang suka colourful roses.




Ini pula tempahan signage drp Liza untuk bonda nya yang tercinta di Johor..

Monday, July 12, 2010

FA alas buluh tempahan Puan Nor

Selamat malam semua.. n3 saya malam ini ialah FA alas buluh tempahan Pn. Nor. Ada tiga alas buluh yang ditempah oleh Pn. Nor. Yang warna hijau, memang Pn. Nor bagi saya yang dah siap base coat. Asalnya saya agak risau, takut2 tak timbul pulak warna daun bila lukis atas alas kaler ni tapi bila dah siap, saya rasa cantik juga sebab warna hijaunya agak terang. Sesuai letak di luar rumah, sebab warna ni susah nak pudar walaupun kena sinar matahari kan.. 



Dua alas buluh warna pink ni pulak Pn. Nor tempah untuk iparnya di Kedah. Tak sangka pulak saya ramai jugak yang berminat dengan alas buluh ni..


Sunday, July 11, 2010

FA pasu tin tempahan Rina

Salam semua.. Hari ni saya nak tunjukkan dua pasu tin tempahan Rina. Design ni sebenarnya diminta oleh Rina sendiri. Saya ikut aje apa yang customer nak.. Harap2 dapat menepati citarasa Rina ya..

Bahagian depan..


Bahagian belakang..

Friday, July 9, 2010

Make over signage

Petang ini, n3 saya ialah signage yang telah saya make over. Signage ini kepunyaan Su dan dia minta saya lukis ros dari atas ke bawah. Pasu/bekas bunga di tengah-tengah masih dikekalkan cuma rupanya saja berbeza.







Thursday, July 8, 2010

Hydrangeas oh hydrangeas..

Kali ni saya nak share dengan kengkawan dua tempahan hydrangeas. Gambar pertama dan kedua merupakan tempahan drp Susan. Dia suruh lukis hydrangeas yang berwarna terang sahaja, no wording. Senang sikit kerja saya he he..


Ini pula tempahan drp Pn. Siti atas alas buluh untuk digantung di depan bilik. Saya cuba guna warna yang terang utk bunganya supaya nampak menyerlah sebab alas buluh tu Pn. Siti nak warna natural. Ada satu lagi alas buluh wording yang sama, Pn Siti suruh lukis ros pulak, tunggu ya..


Wednesday, July 7, 2010

Signage tempahan drp Khairunisa

Salam semua.. Malam ni n3 saya ialah signage Home Sweet Home tempahan Khairunisa untuk rumah barunya. Nisa nak colourful roses. Dah lama Nisa menunggu, akhirnya dapat juga. Kena ikut turn la Nisa, sorry ya.. Ada satu lagi signage Nisa yang saya kena siapkan hu hu..

Danisyaskifli GA


1) Mesti menjadi follower sya...
    - Jangan jeles, saya dah jd follower he he..


2) Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing
   - Dah link
3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut
    Saya dah buat n3 ni . Blog sya ialah : ( http://danisyakiffli.blogspot.com/ )
4) Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3 masing-masing - semoga ucapan dan doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t..doa yang baik-baik jer tau..:)

Happy anniversary utk Sya dan suami. Kak doakan semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu cicit cuit, InsyaAllah..

5) Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer..senang sya nak jejak..comment di shoutbox tidak diambil kira yer..

GA yang Sya sediakan memang menarik. Saya berkenan benar pd corak bunga kat teapot, english style gitu he he..

* Saya dah jawab semua soalan ye  Sya...

Tuesday, July 6, 2010

Sedia untuk dimakan..

N3 kali ni lain dari yang lain.. Ini lah pertama kali saya melukis telur mata lembu. Of course saya refer pada buku En. Zahir. Memang pasti tak secantik yang En. Zahir lukis, tapi kira jadi la tu hu2.. Ini merupakan tempahan drp Pn. Siti. Dia request lukis telur di bahagian dlm kuali, manakala bahagian belakangnya ditulis 'Kitchen Open'. Saya yang 'gatal tangan' menambah sekuntum bunga ros sbb tak nak nampak simple sangat. Harap2 Pn. Siti suka ya..
Bahagian dalam..


Bahagian belakang..

Monday, July 5, 2010

FA roses atas stool pink

Selamat malam. Mlm ni n3 saya masih lagi tentang stool cuma stool ni bukan tempahan tetapi sendiri punya. Dalam dok sembur cat stool tempahan orang, saya celah2 dengan stool saya skali. Saya lukis simple design aje tp masih colourful roses. Tak ada design di kaki stool. I make it very simple sebab warna stool tu pun dah pink pekat.





Sunday, July 4, 2010

FA roses pada stool tempahan drp Susan

Hari ini saya berjaya menyiapkan satu stool tempahan drp Susan. Susan nak full flowers yang colourful atas tempat duduk dan juga pada kaki stool. Mak oii.. seksa la jugak nak siapkan nya tapi demi kepuasan hati customer, saya cuba la jugak lukis.  Satu tips yang saya nak kongsi bersama kengkawan (pada sapa yang belum tau la..) Kalau kita nak lukis FA pada stool, meja atau man-mana perabot, tak perlu dicat tetapi beli cat penyembur yang byk dijual di kedai hardware (macam2 kaler ada). Harganya lebih kurang RM7 satu. Kalu stool tinggi ni, dalam satu tin penyembur kita guna. So, kerja lagi mudah dan cepat he he.. Ada tiga lagi stool yang saya kena siapkan, be patience tuan nya ya..  



Atas tempat duduk..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...