Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, June 17, 2010

'Make over' frame gambar

 Salam semua.. Hari ini saya dapat menyudahkan projek make over frame gambar kepunyaan rakan saya, Jill. Ini la rupa frame yang hampir hendak dibuang..



Dan, ini pulak rupanya apabila saya 'make up' kan dia he he.. Asalnya saya cat dengan warna putih tetapi memandangkan nampak agak berbalam so saya ganti dengan warna coklat lembut.



 
Ini pula award yang diberi oleh Ayu ( http://ayulittlecottage.blogspot.com/ ) sebagai tanda persahabatan . Thanks Ayu..



Dan ini pula tag drp Zaza ( http://zazalimiey.blogspot.com/ ). Thank u Zaza atas ingatan pada saya..

Sunday, June 13, 2010

Signage Welcome with house number

Kali ini saya nak tunjukkan tempahan drp Ani dari Ipoh untuk signage welcome with house number. Asalnya dia nak wording  'welcome' sahaja tapi saya yang cadangkan supaya letakkan nombor rumah since papan ni agak besar..




Ni pula tempahan drp Syikin dari KL. Masih lagi signage Allah dan Muhammad cuma bezanya warna base nya aje putih..

Friday, June 11, 2010

Tempahan FA drp Sya - Sama tapi tak serupa

Hari ni saya berjaya menyiapkan tempahan drp Sya ( http://danisyakiffli.blogspot.com/ ). Sama dengan Cikgu Siti tapi tak serupa tau.. Saya baru pos petang tadi, tuannya pun belum terima tapi saya upload kan supaya dia dapat tengok he he.. Signage ni sebenarnya boleh ditukar warna base nya dengan apa2 warna yang diminta tapi ramai yang berkenan dengan kaler ni nampaknya..




Thursday, June 10, 2010

FA signage Allah dan Muhammad tempahan drp Cikgu Siti JB

Hari ni saya telah menyiapkan tempahan drp Cikgu Siti ( http://www.norainfauzi.blogspot.com/ ). Dia nak design yang sama seperti tempahan yang saya upload kan sebelum ni. Actually, Cikgu Siti ialah orang pertama dari luar Lembah Klang yang tempah drp saya. Saya harap dia puas hati walaupun ada kekurangan di sana sini. Almaklum lah saya ni kan dalam proses belajar lagi he he..


FA magazine dan kelas FA Pn. Norana



Salam semua.. Pagi semalam saya ke rumah Kak Nora lagi untuk FA lesson. Selepas belajar kelas melukis ros, saya request K.Nora utk ajar lukis strawberi sebab anak saya suka sangat buah strawberi he he.. Apabila kita dah tau cara, actually it is quite simple compared to drawing roses. Saya dah siap base coat papan letak kek dengan warna mild green dan K.Nora ajar teknik baru untuk tapak letak kek ni iaitu "distress technique" (ingatkan manusia je yang distress he he..) iaitu guna lilin bagi nampak kesan macam bekas tu dah lama. K.Nora kata orang putih suka 'mengantikkan' barang-barang baru dengan menggunakan teknik seperti ni. Di sini saya upload kan papan kek yang saya dah trace (tapi kurang nampak) dan teknik distress pada bahagian 'kakinya'. Nanti dah siap saya akan uploadkan, InsyaAllah..


Ni pulak, balik dr rumah Kak Nora, petangnya pegi Multifilla pulak cari cat untuk lukis strawberi. Sambil2 tu tersangkut jugak satu majalah dari Australia. Majalahnya dah lama tapi harganya mahal jugak. Ingat dah lama, dapat harga murah skit.. Saya sangat berkenan dengan lukisan buah lemon. Kalau ada masa yang mengizinkan, akan saya lukis juga buah lemon tu. Jom kita tengok majalah ni..

Tuesday, June 8, 2010

Tempahan signage FA


Salam semua.. Dah beberapa hari saya tak berkesempatan nak meng'update'kan blog ni. Sibuk dengan exam di sekolah dan petang jumaat lps dah bertolak ke rumah kakak di Kemaman utk majlis pertunangan anak saudara saya pd hari Sabtu. Untuk n3 kali ini, saya nak tunjukkan tempahan signage drp kawan saya, Kak Asmahan untuk hadiah perkahwinan rakannya..



Ini pula tempaha signage FA drp Rosmawati untuk ditampal pada papan kenyataan sekolah..

Wednesday, June 2, 2010

Tempahan FA drp Sue


Hari ni saya dapat siapkan tempahan drp adik saya, Sue utk signage bilik tidur anaknya. Since, anaknya perempuan, saya kalerkan base papan dengan mild pink nak bagi nampak 'sweet' skit. Keliling papan, saya warnakan gold tapi dlm gambar, tak nampak la.. Hope she will like it..


Sunday, May 30, 2010

Tempahan FA

  
Hari ni saya dapat menyiapkan 5 signage sekaligus.. Wow, dengar macam cepat je buat he he.. Sebenarnya dah mula base coat papan2 tu sejak Jumaat lagi. Buat pelan2 nak dapat idea dulu.. Agak susah saya nak buat sign Allah dan Muhammad sebab first time buat. Cari wording lagi, jenuh gak serve internet.. pastu fikir nak buat frame camne.. Asalnya nak buat stripe tapi rasa mcm byk cerita pulak sbb nak buat 4 sekaligus takut tak sempat siap. Tuan empunya dah tanya sejak minggu lepas lagi dah. So, ini lah hasilnya.. Manakala signage tempahan Edayah pula, dia minta warna hitam sebab dindingnya kaler putih. So dia nak warna kontra supaya nampak. Sesiapa yang beminat nak tempah, sms saya ya..


FA roses kelas Pn. Norana

Salam hormat semua.. Semalam saya menghadiri kelas K.Norana, kebetulan jumpa Irma (Iris Cottage) pun yang baru first time datang tapi tak sempat sembang sebab semua dah khusyuk nak belajar he he.. Dan ini dia hasilnya kali ini, signage Welcome. Hari ni dah siap gantung kat depan rumah.. Next lesson, Kak Nora kata nak ajar lukis strawberry pulak. Saya siap2 beli papan tempat letak kek ngan Kak Nora, nanti datang siap bawa yang dah base coat. Jimat masa, kata K. Nora..


Thursday, May 27, 2010

Buku oh buku..


Kali ni n3 saya berbalik kepada hasil lesson saya dgn K.norana. Selepas 3 kali sesi melukis ros, ini dia hasil kerja saya dengan bantuan Kak Nora. Huh.. penatnya nak siapkan kotak buku ni. Saya belajar teknik baru iaitu slip lap untuk base nya. Kalau tengok dlm buku yg K.Nora dan kwn2 dia tu, ada ditunjukkan pelbagai teknik untuk corak base. Nampak mudah je masa baca tp bila buat, mak datuk susah jugak sebab kalau tak pandai corakkan, nampak 'sememeh' sangat. Seperti biasa la, kalau nampak teruk sangat, K.Nora akan betulkan balik he he.. Walaupun amat mencabar dan memenatkan, tetapi alhamdulillah dapat juga saya siapkan dan akan saya simpan kotak ni sebagai kenangan saya berguru dengan K.Nora..




Ini pula tempahan drp Halimaton, saiz plak/signage ni 14"x9" . Alhamdulillah, tuan punya suka, so kira orait la tu.. Sesiapa nak tempah, contact saya ye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...