Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, October 30, 2012

Kelas Decoupage di Ipoh dan Putrajaya

Alhamdulillah.. Saya telah menganjurkan beberapa siri kelas decoupage di rumah saya di Putrajaya dan juga di homestay saya di Teratak Damai, Meru Hills, Ipoh (kebetulan balik bercuti di kampung). Actually, saya rasa sangat gembira krn dapat share ilmu yg sedikit ini bersama kawan2 fb yg berminat dan  ingin mempelajari decopainting dan decoupage. Dalam masa yang sama, saya dapat mengeratkan silaturahim sesama rakan fb... :)
Kelas decoupage di Ipoh (27 Nov 2012)

Kak Habibah dari Penang..

Kak Aini dari Ipoh..

Kelas Decoupage di Putrajaya..
Kak Zaiton Masram dari Ulu Klang..

Sarina dari Sungai Besi..

Lea dari Kajang..

Sunday, October 28, 2012

Make over box house kepunyaan Anna

Tidak terlewat lagi utk saya mengusapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua umat Islam... :) Malam ni saya upload my paintings pada box house kepunyaan Anna. Anna nak bentuk sebuah rumah beserta tingkap di kiri dan kanan...



Saturday, October 20, 2012

Decoupage and Decopainting Course di Institut Gerontologi, UPM Part 3

Salam sejahtera untuk semua.. Tengahari tadi saya telah menjalankan kelas decoupage utk kali ketiga di Institut Gerontologi, UPM. My students telah berjaya menyiapkan projek decoupage yang kedua iaitu decoupage pada botol. Setelah selesai projek kedua, saya telah membuat demo cara melukis stroke dan daisy untuk projek ketiga iaitu decopainting daisies on a mdf board. Kelas terakhir nanti (keempat), students akan mula melukis daisies atas papan.





Ini merupakan sample painting diasies utk next project..

Friday, October 19, 2012

Decopainting on a box house kepunyaan Ina


Assalam rakan bloggers semua.. Petang ni saya upload my painting on a box house kepunyaan Ina. Asalnya box ni mmg dah berlukis gambar bunga di bhg dpn sahaja tapi Ina minta saya make over balik. So saya lukis pintu gerbang roses di dpn dan kiri kana dgn topiari.




Saturday, October 13, 2012

Decoupage Course at Institut Gerontologi, UPM Part 2

Salam ceria di petang Sabtu buat semua.. Dalam kesibukan kerja, saya mengambil sedikit masa utk mengajar decoupage di Institut Gerontologi utk kali kedua. Hari ni (13 Oktober 2012), students belajar cara utk menulis wording dan varnish hasil decoupage mereka. Seterusnya membuat projek decoupage pada botol. Next week, kita lihat hasil decoupage diorang pada botol pula...

Antara hasil kerja my students.. I am proud of them.. :-)




Thursday, October 11, 2012

Kelas Decoupage di Ipoh 27 Oktober 2012

Salam sejahtera rakan2 bloggers. Saya akan menganjurkan kelas decoupage di Ipoh sehari selepas Hari Raya Aidil Adha. Butiran adalah seperti berikut :
                            Tarikh     :  27 Oktober 2012
                            Hari        :  Sabtu
                            Masa      :  2.30 - 5.30 petang
                            Tempat   :  Homestay Teratak Damai, Meru Hills, Ipoh (berhampiran Taman Meru 2B)


  Sebarang pertanyaan bayaran boleh hubungi saya: 019-4120749 (Gee)

Saturday, September 29, 2012

Decoupage and basic painting course at Institut Gerontologi, UPM

Selamat petang buat semua.. Minggu ni dan minggu dpn rasanya agak busy daripada biasa i have a  lot of things to do hu hu... Today, saya upload beberapa gambar Kursus decoupage dan basic decopainting di Institut Gerontologi, UPM atau lebih tepat lagi University of Third Age (U3A) iaitu khusus untuk warga emas. Actually, saya sebenarnya mmg tak tau adanya universiti utk warga emas sblm ni, until En. Chai Sen Tyng, Pegawai Penyelidik U3A menghubungi saya dan menawarkan saya menjadi instructor utk course ini. Utk kelas pertama ini, students diajar cara-cara membuat decoupage pada papan mdf.




Thursday, September 27, 2012

Roses and scenery painting again..

Salam buat semua.. Kali ni saya upload painting scenery dan roses pada kuali kepunyaan Anna. Saya sangat suka lukis design cam ni hi hi.. Asalnya kuali ni sangat buruk dan berkarat tapi bila dah dimake up, sapa tau rupa asalnya yg buruk.... :-))



Wednesday, September 26, 2012

Roses paintings tempahan Yana, Puchong

Salam sejahtera buat semua.. Malam ni sempat saya online sekejap walaupun kurang sihat dek terkena demam selsema. Alhamdulillah.. rasa ok skit compared to semalam. Kali ni saya upload sepasang roses paintings tempahan Yana, Puchong. Yana nak base pink.. Harap2 Yana suka.. Saya belum lagi letak riben pink sebagai penggantung ni..



Kunjungan ke rumah Kak Jalina Idris, pakar decoupage

Assalam buat kengkawan.. Kali ni saya tak upload barang painting saya tetapi saya nak share dgn kengkawan beberapa hasil decoupage rakan FB iaitu Kak Jalina Idris.. Walaupun sebelum ni hanya bersembang di alam maya tetapi pertama kali bersua rasa mcm dah kenal la hi hi.. Kak Jalina mempunyai koleksi tisu yang sangat banyak, hampir penuh 3 bag besar. Terkejut apabila beliau tunjukkan pada saya koleksi tisu tersebut. Kak Jalina telah memberikan pada saya hampir 30 helai tisu yg beraneka design. Dia juga bermurah hati menghadiahkan saya sebuah buku berkaitan dgn decoupage dan decopainting. Di bawah ni saya upload beberapa gambar hasil decoupage beliau.... Cantik2 semuanya. Saya doakan Kak Jalina selamat pergi dan balik menunaikan haji. InsyaAllah, balik menunaikan haji nanti, saya nak berguru dgn Kak Jalina... :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...