Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Monday, September 17, 2012

Painting on a hand washer and container..

Salam buat semua.. Pagi ni saya upload 2 unit tempahan drp individu yang berlainan.. Hand washer ni tempahan Nani Masniza yang tertangguh agak lama. Bukan disengajakan tapi terlupa sebenarnya. Mohon maaf Nani ya..


Container ni pula kepunyaan Sue Faizal.. ada beberapa item lagi yg dihantar oleh Sue utk saya lukis. Saya lukis pelan2 ya Sue..

Tuesday, September 11, 2012

Pink again..

Selamat malam buat kengkawan.. Dah lama tak online guna laptop especially pada waktu malam. Kebetulan terpaksa online juga sbb nak search something quite important, so sambil2 tu upload skali gambar2 ni. Kettle ni tempahan kawan kpd Anna, customer tetap saya. kawannya nak warna pink cream so begini la hasil make up kettle ni. Asalnya kettle ni memang dah buruk sangat

Sebelah belakang kettle..


Friday, September 7, 2012

Special gift to special person..

Salam sejahtera buat semua.. n3 saya kali ni ialah cenderahati saya kpd dua orang individu yang special iaitu mak mentua dan adik ipar saya. Actually, ini merupakan hadiah sempena Hari Raya yang lps. Saya lukis ni pun dua hari sebelum raya. Walaupun tak la besar cenderahati ni tapi actually saya sebenarnya mmg tak sempat nak lukis signage/barang yg agak besar kerana kesuntukan masa.. Yang penting, ini merupakan pemberian ikhlas saya.. :)

Cermin utk MIL saya.. sebelah satu lagi cermin muka

Ini signage address rumah adik ipar saya..

Wednesday, September 5, 2012

Painting on a cutlery box

Salam sejahtera buat semua.. Kali ni saya upload my painting on cutlery box kepunyaan Amy. Dah lama gak Amy hantar box ni pada saya utk dilukis. Since dia kata tak nak cepat sangat so saya take my own time to think the design. Actually still life painting for me agak susah berbanding dengan painting buah ke, roses ke atau lain2 sbb nak bagi real tu seksa la jugak hu hu.. Any way, saya dah cuba setakat yang boleh.. Dan ini la hasilnya.. :)


Monday, August 27, 2012

Signage Bismillah

Salam Syawal buat semua rakan bloggers.. Dah sakan beraya di kampung, blog pun tak ber'update' hi hi.. Kali ni saya upload satu signage yang saya suka sangat design dan warnanya tempahan kawan sekerja saya, Rohaya utk dihadiahkan kepada bonda nya..


Tuesday, August 14, 2012

Signages..

Assalam buat semua.. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma.. Di sebalik kesibukan dengan tugasan di rumah dan di sekolah, tambah pula dengan tempahan yang ada, terasa masa cepat berlalu.. Namun bagi diri saya sendiri, Ramadhan pada tahun ini amat berbeza dengan yang lepas2  :) ... Oh ya.. kali ni saya upload tiga tempahan daripada tiga individu berbeza.

Tempahan Suzana utk dihadiahkan kepada ibunya..

Tempahan kedua drp Ida, Penang..

Tempahan daripada Sue Faizal..

Tuesday, August 7, 2012

Tea time signage (daisies) tempahan Ida

Assalam buat semua.. Ramadhan kali ni rasanya agak lain dari yang sebelumnya. Last year di bulan Ramadhan saya baru memulakan unpaid leave saya selama setahun so banyak juga saya dpt menyiapkan painting customers tapi tahun ni apabila saya mula bekerja semula, masa agak terhad sehinggakan painting utk customer tetap saya terpaksa hold dulu (jangan marah ye hu hu..).. Kali ni saya upload teatime signage, first order drp Ida (Penang). Harap2 Ida suka.. one more to go.. masih dlm proses painting.. :)


Saturday, July 28, 2012

Painting on a display cabinet..

Salam Ramadhan buat semua.. Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa.. Semoga dipermudahkan segala amalan dan urusan kita oleh Yang Maha Kuasa. Malam ni saya upload 3 keping gambar tempahan Kak Hanita, rakan guru saya semasa saya bertugas di  SMK Aminuddin Baki, KL. Harap Kak Nita suka dgn design ni. Jenuh la juga memikirkan design yg sesuai utk almari hiasan ni..

Bahagian sisi kiri dan kanan..

Bahagian atas..

Monday, July 16, 2012

Cenderahati utk persaraan pengetua

Salam sejahtera buat semua.. Malam ini saya berkesempatan utk upload gambar signage Bismillah, cenderahati saya utk bos saya iaitu, Pn. Hjh Romlah iaitu Pengetua SMK Putrajaya Presint 9(1) yang akan bersara esok. Walaupun saya masih agak baru bertugas di situ tetapi saya amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan terhadap saya. Terimakasih atas segala2nya..

Ini pula kelas decoupage 4 sekawan iaitu Faezah, Nurul, Jat dan Juneta.. Actually saya terlupa nak upload gambar ni. Kelas ni dijalankan pada bulan lepas..

Ini pula decoupage class Raihana iaitu anak kepada rakan guru saya, Kak Hazian..

Tuesday, July 10, 2012

My sister's order

Assalam kengkawan.. Dah lama tak mengupdate blog.. Nak painting pun tak sempat sbb kat skolah setiap petang ada aktiviti. Biasa la kan, dah setahun jadi suri rumah tiba2 kerja balik hi hi.. Berbalik pd entry sy hari ni, saya berjaya menyiapkan order from my sister, Aya tokeh kedai jahit di Melaka. Saya ambik masa agak lama gak nak siapkan ni sbb nak dptkan idea yg sesuai.. Kalau stakat lukis roses, InsyaAllah blh siapkan dalam masa yg agak singkat tapi bila dah lukis gunting, benang dll ambik masa skit sbb nak buat shading colour pada setiap brg2 yg di lukis..



Ini pula painting lesson Faezah dan Jun utk kali yg pertama dgn saya.. Diorang dah dtg blajar decoupage sblm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...