Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Saturday, June 16, 2012

Cabbage roses signage again..

Assalam buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan signage tempahan Anna dari Johor. Dia nak signage cabbage roses warna pink..



Ini pula painting lesson bersama regular students saya iaitu Zura dan Kak Ton.. Blajar lukis bunga Queen Ann Lace..

Wednesday, June 13, 2012

Signage tempahan Kak Aziyah

Selamat pagi semua kengkawan.. Pagi ni saya upload dua order drp Kak Aziyah.. Harap2 Kak Aziyah suka... :)



Sunday, June 10, 2012

Fire place..

Salam sejahtera buat semua.. Petang ni saya upload fire place kepunyaan Eda dari Johor. Eda suka sangat bunga hydrangeas.. Ada satu lagi fp yang perlu saya lukis dengan design yang sama, kepunyaan adik Eda..



Thursday, June 7, 2012

Scenery Painting..

Assalam buat semua.. Petang ni dapat la juga saya meluangkan masa utk berinternet selepas hampir seminggu tak online.. Maklum la cuti2 ni, sibuk dengan anak2 dan tetamu yg datang. Kali ni saya upload hasil painting lesson saya dengan Pn. Aniza Khir. Hampir 4 sesi kelas juga nak habiskan painting on canvas. Sebenarnya kalau ikutkan, 3 sesi boleh siapkan tapi disebabkan kesibukan saya menyiapkan tempahan dan kelas painting saya di rumah so tak dapat la saya siapkan utk 3 sesi. Actually scenery painting ni agak rumit sebab kena teliti utk mendapat hasil yang baik.. Walaupun banyak lagi yang perlu improve, at least I managed to finish it....



Ini pula decoupage lesson Rudaini dari Cheras bersama saya..

Tuesday, May 29, 2012

White roses..

Assalam pembuka bicara.. Petang ni saya upload vase oren kepunyaan Nora yang saya lukis white roses dengan hydrangeas. Actually, ini first time saya lukis white roses dan saya suka  dengan hasilnya. White roses sesuai dilukis dengan background yang agak gelap untuk 'timbulkan' kelopaknya..


Ini pula, kelas decoupage Zura dari Banting..

Saturday, May 26, 2012

Cabbage roses..

Selamat malam buat semua kengkawan.. Malam ni saya upload cabbage roses painting, tempahan kedua Masliza Saad dari Penang. Masliza nak gambar ni secara melintang (sebelum ni saya lukis gambar ni secara menegak papannya)...


Ini pula painting Zura dan Kak Zaiton, students tetap saya hi hi.. Kali ni diorg blajar lukis riben.. Homework kena lukis roses..

Wednesday, May 23, 2012

Teapot hydrangeas..

Salam sejahtera buat semua.. Kali ni saya upload hydrangeas painting pada papan teapot khas saya lukis untuk Cikgu Wan, ibu kpd rakan baik anak sulung saya. Saya sentiasa mengenang jasa baik Cikgu Wan yang membantu saya sewaktu anak saya menghidapi denggi semasa menduduki peperiksaan SPM tahun lepas. Jasamu akan sentiasa dikenang.. :)



Ini pula kelas painting pertama Ida bersama saya..

Monday, May 21, 2012

Tray..

Assalam.. Kali ni saya upload sambungan order Pentadbir SABKL atau lbh tepat lagi drp warga guru bahasa SABKL juga hadiah utk Pn, Habibah sempena persaraan beliau.. Saya buat design yg hampir sama dgn cutlery box.. 




Friday, May 18, 2012

Cutlery box..

Salam Jumaat penghulu segala hari.. Tengahari ni sempat la pulak saya online hi hi.. Kali ni saya upload beberapa keping gambar painting saya atas cutlery box tempahan srp pihak pentadbir SMK Aminuddin Baki, KL utk dihadiahkan kepada Cikgu Habibah yg akan bersara tidak lama lagi.. 



Bahagian dalam saya lukis hydrangeas..

Bahagian bawah depan dan tepi, saya lukis simple lace..

Thursday, May 17, 2012

Souvenirs for Teacher's Day Part 2

Salam sejahtera buat semua.. Hari ni sy upload sambungan souvenirs sempena Hari Guru drp anak2 saya utk guru2 diorg.. Penat la juga melukisnya tapi saya rasa sangat bangga kerana dpt menyumbangkan cenderahati ni buat guru anak2 saya.. selain itu, saya ingin anak2 saya tahu yg saya berharap mrk berusaha utk mencapai yg terbaik spt saya juga berusaha menghadiahkan yg terbaik utk2 guru2 mereka.. :)



Ini pula painting lesson Amelia bersama saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...