Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Friday, January 6, 2012
Watering can..
Assalam buat semua.. Hari ni saya upload sepasang watering can kepunyaan Ana yg dia minta make over. Ana minta saya lukis cabbage roses..


Thursday, January 5, 2012
Purple stripes signage
Selamat pagi kengkawan semua.. Dah mula buka skolah ni, pagi2 senyap sunyi rumah. Sblm ni ada anak bongsu dok asyik buka TV channel kartun. Bila dah masuk tadika, dah tak de peneman saya. Anyway 6 months to go, saya dapat jadi suri rumah sepenuh masa so saya nak gunakan masa yg ada ni sebaik2nya hi hi.. Dah mula bertugas smula bulan Julai nanti, keadaan akan berubah 360 degree hu hu.. Ok la, bernalik kpd n3 saya pg ni.. Saya upload signage Bismillah kepunyaan Haszila, rakan FB yang begitu suka dgn warna purple so dia minta saya lukis signage ni beserta sepasang buluh gantung juga warna purple, yang akan sy upload kemudian..

Ini pula student painting dari Kuala Kangsar, Aishah..
Ini pula student painting dari Kuala Kangsar, Aishah..
Monday, January 2, 2012
Hydrangeas..
Saturday, December 31, 2011
Roses signage
Salam buat kengkawan.. Hari ni merupakan penghujung tahun 2011 yang begitu bermakna buat kita semua. Pelbagai peristiwa pahit manis yang telah kita alami. Semoga kedatangan tahun 2012 akan memberikan lebih keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T. terhadap kita, hamba Nya. Berbalik kepada n3 sy hari ni, saya upoad gambar signage tempahan Lailatul Hilalliah yang kedua. Ganbungan 2 warna yg kontras iaitu hitam dan pink menjadikan signage ni nampak 'timbul'..



Ini pula gambar student decoupage iaitu Yuslizah dari Kuala Lumpur..
Ini pula gambar student decoupage iaitu Yuslizah dari Kuala Lumpur..
Thursday, December 29, 2011
Make over frying pan my sister
Salam buat semua.. Alhamdulillah selepas bercuti ke Kedah bersama keluarga utk beberapa hari, kini saya menyambung kembali tempahan kengkawan. Harap2 sangat agar dpt siapkan tempahan on time hu hu.. Hari ni saya upload make over frying pan kepunyaan adik saya, Rohani yang dtg dari Terengganu. Saya lukis design yg hampir sama dgn kuali Kak Maziah.


Ini pula student yg datang jauh dari Miri, Sarawak iaitu Kak Salina. Beliau dtg ke KL bercuti so at the same time, dtg blajar painting.
Ini pula student yg datang jauh dari Miri, Sarawak iaitu Kak Salina. Beliau dtg ke KL bercuti so at the same time, dtg blajar painting.
Monday, December 26, 2011
Hydrangeas tissue box tempahan Eda
Wednesday, December 21, 2011
Roses painting on a mirror
Salam sejahtera buat semua kengkawan.. Malam ni saya upload painting saya atas cermin kepunyaan Lailatul Hilalliah. Laila tlh bersusah payah mengepos cermin ni dari Johor utk saya lukis cabbage roses. Million of thanks atas kepercayaan yg Laila berikan pada saya. Saya cuba yang terbaik. Idea painting ni banyak saya tengok dalam blog dan fb seorang oil painting artist iaitu Jo-Anne Colletti yang lebih kepada vintage rose collections. Saya suka sangat hasil painting beliau..



Ini pula tempahan Nathrah utk dihadiahkan kepada bonda nya..
Ini pula tempahan Nathrah utk dihadiahkan kepada bonda nya..
Tuesday, December 20, 2011
Hydrangeas and roses signage
Monday, December 19, 2011
My own signage
Assalam buat semua.. Hari ni saya upload signage Bismillah kepunyaan sendiri. Tak tau la kot2 lepas ni dihadiahkan kepada sesiapa hi hi..

Ini pula door sign (tak ada la pulak tulis open/close)- satu saya hadiahkan kepada Kahariah (penganjur bengkel di Kuantan), satu lagi yg decoupage tu utk kakak saya..
Ini pula door sign (tak ada la pulak tulis open/close)- satu saya hadiahkan kepada Kahariah (penganjur bengkel di Kuantan), satu lagi yg decoupage tu utk kakak saya..
Thursday, December 15, 2011
Makeover kuali Kak Maziah
Salam sejahtera buat semua. Pagi ni saya upload kuali (atau periuk ya..)kepunyaan Kak Maziah yang saya makeover. Sweet pulak nampak bila ada 2 combination colours. Kak Maziah minta saya buat basecoat warna yg agak cerah utk diletakkan di dapurnya yang memang dah cantik :)


Ini pula signage nama anak Mas, yang saya hadiahkan padanya. Mas merupakan my first painting student.
Ini pula signage nama anak Mas, yang saya hadiahkan padanya. Mas merupakan my first painting student.
Subscribe to:
Posts (Atom)