Assalam buat semua.. Dalam kesibukan dgn kerja d skolah, saya luangkan sedikit masa utk menghadiri sekali lagi workshop anjuran Puan Norehan Kassim. Kali ni saya belajar melukis dgn menggunakan medium watercolor pula. Agak mencabar juga nak lukis roses seperti yang Puan Norehan lukis hu hu.. InsyaAllah, saya nak gunakan teknik yang dipelajari dgn menggunakan medium color acrylic, tak tau la menjadi ke tak.. Wait and see hi hi..
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Tuesday, February 26, 2013
Sunday, February 17, 2013
Sweet pink signages..
Selamat ptg rakan2 bloggers.. Kali ni saya nak share ngan kengkawan tempahan signage decoupage drp 3 customer berbeza tetapi design roses yang sama. Signage pertama (bismillah) tempahan drp Myasara dr Pahang. Signage kedua ialah tempahan Tasha dan yg akhir skali (home sweet home) merupakan tempahan drp Nora dr Johor.
Saturday, February 16, 2013
Makeover basikal hiasan
Salam sejahtera buat semua.. Bila melihat gambar2 cutlery box yg Saya upload sblm ni, pelik gak sbb dah jadi besar2 saiznya hi hi.. Actually bila Saya upload melalui ipad, Mcm tu plak jadinya. Tak pe la, janji blh tengok ha ha ha.. Ok la, kali ni saya upload plak gambar basikal hiasan yg telah dimakeover kepunyaan Sara. Sara suka ala2 country style..:-)
Thursday, February 14, 2013
Deco painting on a cutlery box
As salaam buat semua.. Pagi ni saya upload tempahan painting cutlery box Sh. Suryati nun jauh dari Sabah. Saya pernah melukis design ni sebelum ini (tempahan drp Pentadbir SABKL)..
Sunday, February 3, 2013
Porcelain Painting Workshop oleh Puan Norehan Kassim
Assalam buat semua.. Saya rasa sangat bertuah krn dpt menghadiri porcelain painting workshop njuran pakar porcelain painting iaitu Puan Norehan Kassim di Rayyanah Raudhah Life Skills Center, Subang Jaya. Bengkel tersebut dijalankan dari pkl 9 pagi hingga 6 petang. Walaupun rasa agak penat tapi pengalamannya sangat berharga. Puan Norehan sangat talented, humble dan tidak lokek ilmu. Saya rasa sangat selesa walaupun baru pertama kali berjumpa dgn beliau. Terkedu saya apabila melihat beliau mebuat demo melukis pada peserta.. Dlm masa 10 minit, beliau dpt menyiapkan satu painting plate hu hu.. So amazing! Selain drp ros, kami juga ditunjukkan cara melukis wild ros (berbeza dgn ros biasa), westeria, hydrangeas dan jasmine. Thank u so much Puan Norehan.. InsyaAllah selepas ni saya akan menghadiri pula watercolor painting workshop juga akan dianjurkan oleh Puan Norehan... :-)
Saya dapat melukis 2 pinggan dengan bantuan Puan Norehan..
Puan Norehan sedang membuat touch up hasil kerja peserta//
Pinggan pertama dalam progress..
Pinggan kedua dalam progress..
Friday, February 1, 2013
Decoupage again..
Selamat malam semua kengkawan.. Kali ni saya upload dua decoupage signage berwarna sweet pink. Sgnage yang atas tu ialah pemberian saya utk Amelia, student merangkap customer saya hi hi.. Amy ada beberapa kali hadir kelas painting saya, cuma skrg bila dah ada baby, hobinya tersangkut kejap.. Ada juga Amy menepah bebera barang painting pada saya. So, sbg tanda terima kasih, saya hadiahkan signage yang tak seberapa ni utk beliau.. Harap Amy suka..
Ini pula signage kedua tempahan Rozie utk rakannya.. design yang sama dgn signage beliau sebelum ni cuma wording je berbeza..
Thursday, January 31, 2013
Makeover bekas tin..
Salam sejahtera buat semua.. Malam ni saya upload makeover painting pada bekas tin kepunyaan Kak Sharifah Ahmad. Sebelum ni saya ada upload cabbage roses painting, juga tempahan drp Kak Sharifah. Thank u very much Kak Pah..
Monday, January 28, 2013
Pink signage with ribbons..
Salam sejahtera buat semua.. Petang ni saya nak share dgn kengkawan, painting signage with ribbons tempahan Puan Kamsiah dari Cheras.. Saya sangat suka lukis ribbon. Nampak sweet dan ada kelainan. Harap2 Puan Kamsiah suka.. :-)
Sunday, January 27, 2013
Decoupage signage..
Salam hari minggu buat semua.. Malam ni saya upload 2 tempahan drp customer berbeza iaitu pink signage tempahan Rozie dan signage utk tadika tempahan Intan utk diletakkan di tadika ibunya..
Ini pula kelas painting yang pertama Kak Noorazam... Praktis stroke dan lukis daisy. Sebelum ni Kak Noorazam dah attend kelas decoupage..
Saturday, January 26, 2013
Purple signage..
Selamat pagi Sabtu buat rakan bloggers.. Pagi2 ni saya luangkan sedikit masa berblog hi hi hi.. Kali ni saya upload signage tempahan Yana dari Puchong (customer tetap saya). Saya sangat suka berurusan dengan Yana yang sangat memberikan kepercayaan kpd saya melukis apa2 saja design tempahan beliau. Tapi yang bestnya.. kami tak pernah berjumpa satu sama lain walaupun Puchong dan Putrajaya cuma bersebelahan je hi hi.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak juga saya bersua dgn customer saya ni... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)














