Assalam buat semua.. Hari ni saya menarik nafas lega sbb berjaya siapkan beberapa tempahan seperti yang dirancang :) Gambar yang saya upload kali ni merupakan cenderahati daripada saya dan hubby utk bos hubby saya dan isterinya, Datin Mashitah. Dah lama saya berhajat utk hadiahkan satu hasil painting saya kepada Datin Mashitah.. dan alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkannya. InsyaAllah kami akan berjumpa pada hujung minggu ni sempena Hari Keluarga ofis hubby saya di Port Dickson. Actually, apabila saya melukis roses ni, banyak gak saya buat study dan observations thru roses paintings dalam internet. Saya ingat kata-kata Pn Aniza Khir- apabila melukis sebenarnya banyak alteration yg kita kena buat dari semasa ke semasa. Maksudnya utk hasilkan satu painting yg baik, banyak pengubahsuaian dan penambahan perlu dibuat. Memang saya rasa amat penat utk hasil kan painting ni tapi saya mendapat banyak ilmu sebenarnya apabila saya mencuba sesuatu yang baru... and of course, I need to make more improvements to achieve something better than this :)
No comments:
Post a Comment