Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, January 31, 2013

Makeover bekas tin..

Salam sejahtera buat semua.. Malam ni saya upload makeover painting pada bekas tin kepunyaan Kak Sharifah Ahmad. Sebelum ni saya ada upload cabbage roses painting, juga tempahan drp Kak Sharifah. Thank u very much Kak Pah..


Monday, January 28, 2013

Pink signage with ribbons..

Salam sejahtera buat semua.. Petang ni saya nak share dgn kengkawan, painting signage with ribbons tempahan Puan Kamsiah dari Cheras.. Saya sangat suka lukis ribbon. Nampak sweet dan ada kelainan. Harap2 Puan Kamsiah suka.. :-)


Sunday, January 27, 2013

Decoupage signage..

Salam hari minggu buat semua.. Malam ni saya upload 2 tempahan drp customer berbeza iaitu pink signage tempahan Rozie dan signage utk tadika tempahan Intan utk diletakkan di tadika ibunya..


Ini pula kelas painting yang pertama Kak Noorazam... Praktis stroke dan lukis daisy. Sebelum ni Kak Noorazam dah attend kelas decoupage..

Saturday, January 26, 2013

Purple signage..

Selamat pagi Sabtu buat rakan bloggers.. Pagi2 ni saya luangkan sedikit masa berblog hi hi hi.. Kali ni saya upload signage tempahan Yana dari Puchong (customer tetap saya). Saya sangat suka berurusan dengan Yana yang sangat memberikan kepercayaan kpd saya melukis apa2 saja design tempahan beliau. Tapi yang bestnya.. kami tak pernah berjumpa satu sama lain walaupun Puchong dan Putrajaya cuma bersebelahan je hi hi.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak juga saya bersua dgn customer saya ni... :-)


Thursday, January 24, 2013

Strawberries..

Assalam buat semua.. Saya upload kali ni pitcher kepunyaan Sara yang dah dimakeover dgn strawberries painting. Warna asal pitcher ni mmg dah putih so Sara minta saya lukis strawberries je tanpa base ngan warna lain..



Wednesday, January 23, 2013

Cabbage roses again..

Assalam dan selamat petang buat semua.. Kali ni saya nak share dgn kwn2 painting cabbage roses tempahan Kak Sharifah Ahmad dari Alor Setar. Actually Kak Pah ni merupakan sahabat lama saya semasa saya bertugas di sana. Ada satu lagi barang Kak Pah dalam proses painting.. InsyaAllah dah siap nanti, saya akan share gambar di sini..


Saturday, January 19, 2013

My SIL's Signage..

Assalam buat semua.. Kali ni saya upload signage decoupage kepunyaan my SIL, Hani... She requested me wording Laailaaha Illallah.. Hope she'll like it.. :-)

Thursday, January 17, 2013

Special gift..

Selamat malam buat rakan2 blogger.. Kali ni saya upload 2 keping gambar hasil decoupage dan painting saya khas untuk 2 orang individu yang banyak membantu anak saya dalam meningkatkan prestasi pelajarannya. Anak saya akan menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di Sek. Men. Teknik dan akan meninggalkan persekolahannya di Putrajaya. Saya sangat2 terhutang budi kpd guru2 di SMKPutrajaya P11(1) atas segala jasa mereka dlm mendidik anak saya. Sebagai tanda terima kasih, saya telah menghasilkan signage decoupage ini untu Pengetua sekolah, iaitu Puan Sri Halimah..

Ini pula signage hadiah untu Datin Norani, Penolong Kanan Akademik merangkap guru bahasa Arab anak saya..

Sunday, January 13, 2013

Pink handwasher...

Selamat malam dan salam istirahat buat semua.. Malam ni saya upload painting handwasher tempahan drp Hamziati Hamdan, rakan fb.. Hamziati request handwasher warna pink.. so saya cuba menukarkan rupa handwasher ni mengikut kehendak tuannya... :-)
Bahagian depan..

Bahagian atas (tudung)



Bahagian belakang pun saya lukis juga..

Saturday, January 12, 2013

Makeover periuk..

Salam sejahtera pembuka bicara.. Minggu ni agak busy dgn permulaan sekolah yang baru dibuka. selepas skolah, busy ngan anak2 plak since Mr. Hubby outstation minggu ni so everything I need to settle on my own hu hu.. Alhamdulillah, dpt juga saya menyiapkan tempahan makeover periuk kepunyaan Noriah.. Tingkap Noriah satu lagi  masih dalam proses, dah siap half way.. hope I can finish paint it by next week, InsyaAllah..



Sunday, January 6, 2013

More painting and decoupage signages..

Assalam buat kawan2.. Malam ni saya upload agak banyak hasil painting dan decoupage signage saya. Gambar pertama ni merupakan painting saya pada metal vase.. Vase ini saya hadiahkan pada my MIL yang datang ke rumah semalam.. :-)

Ini pula decoupage signage tempahan rakan fb, Norita..

Signage wahsroom tu saya punya, dan satu lagi tu Suhana punya..

Signage tempahan Noriah Ismail..

And this is signage utk dipamerkan di Kelas Tingkatan 2 Al Azhar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...