Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, October 28, 2010

FA strawberry periuk kepunyaan Khairunnisa (make over)

Selamat malam semua.. Dah lama saya tak ber n3 pd waktu malam tapi dek kesibukan dengan program di skolah sehari dua ni hinggalah Sabtu ni, so tak dapat nak berinternet pada waktu siang. N3 saya pada malam ni ialah make over periuk lama kepunyaan Nisa. Saya yang suggest pada Nisa utk lukis stawberries pd periuk ni. Saiz strawberry ni pulak saya lukis agak besar. Konon2nya strawberry negeri orang putih la ni he he.. Saya melihat design ini di dalam buku koleksi FA saya kat bawah ni, then saya modify skit2. Cara melukis buah dan daunnya masih mengikut teknik Pn. Norana.

Bahagian depan..

Ini la dia bukunya.. Bentuk buah strawberry dalam buku ni agak bujur. Saya lukis agak bulat..

Bahagian atas..

Bahagian belakang...

Wednesday, October 27, 2010

Cenderahati untuk yang diingati

Salam Semua rakan blogger. Hari ini saya nak tunjukkan FA signage cenderamata untuk dua orang individu iaitu student saya, Wan Adilah yang telah mendapat tempat pertama dalam exam pertengahan tahun yang lepas. Lama saya dah janji nak hadiahkan signage ni pada dia tapi baru skarang dapat siapkan.




Ini pula signage hadiah untuk guru praktikal anak sulung saya yang baru habis praktikal di skolahnya. Harap2 dia gembira dengan cenderamata yang tak seberapa ni..



Monday, October 25, 2010

FA lesson dgn En. Zahir dan FA tissue box kepunyaan Karimah (make over)

Salam pagi Isnin buat semua rakan blogger. Hari Sabtu beberapa minggu yang lepas, sekali lagi saya berpeluang utk mengikuti FA lesson dgn En. Zahir. Saya request nak belajar lukis hydrangeas mengikut teknik En. Zahir pula walaupun saya dah ada blajar dgn Pn. Norana sebelum ni. Ini la dia signage yang saya dapat siapkan tetapi wordingnya belum  tulis2 lagi. Cadangnya nak tulis 'Life is a gift', wording kesukaan Kak Norana he he..

Ini pula tissue box yang telah saya make over kepunyaan Karimah. Hari tu saya dah lukis ros pd tissue box yang pertama (base coat putih). Kali ni Karimah request warna hitam bunga hydrangeas pulak.. Memandangkan tissue box ni berkerawang so saya boleh lukis di tempat2 tertentu sahaja.





Bahagian tepinya saya lukis bunga lavender sebab ruangnya terhad..

Friday, October 22, 2010

FA signage dan buluh gantung tempahan Hayati

Minggu lepas, saya telah dapat menyiapkan tempahan Hayati dari Johor Bharu. Kalau kengkawan ada masa, ziarah la blog dia : http://ytelife.blogspot.com/ .Yati tempah 1 signage mdf board, satu signage buluh gantung. Yang buluh gantung, Yati request tulis huruf jawi. Since saya tak ada perisian jawi, so Yati send email nama dia dan suami dalam huruf jawi.



Wednesday, October 20, 2010

FA tempahan Anim

Salam semua.. Alhamdulillah, saya rasa sungguh lega kerana akhirnya dapat juga menyiapkan tempahan Anim yang dah lama tertanggunh. Anim menghantar barang-barang ni sebelum puasa lepas lagi. Memandangkan dia kata tak adalah nak segera so saya agak lepas raya, saya nak siapkan.. Tapi nampaknya lambat la juga. Barang2 ni dah sampai pun ke tangan tuannya dan Anim kata dia amat puas hati.



 



Monday, October 18, 2010

FA buluh gantung strawberi dan ros tempahan Kak Maja

  Assalamualaikum wrt.. Semoga semuanya sihat di pagi Isnin. N3 saya pagi ini ialah FA buluh gantung strawberi dan ros tempahan Kak Madziyah (Kak Maja) dari Putra Perdana. Ofis Kak Maja d Putrajaya aje so dia dtg rumah saya ambik tempahan. Walaupun tak pernah kenal Kak Maja, tapi first time jumpa rasa macam dah kenal lama je he he.. Dah nak balik baru la tau yang Kak Maja rupanya senior saya masa belajar di UIA cuma course je berbeza. Kecik nya dunia ni he he..





Thursday, October 14, 2010

FA watering can dan senduk kayu

Apa khabar kengkawan hari ni? Hope everything's fine. Hari ni saya nak tunjukkan pada kengkawan barang-barang tempahan Puan Siti iaitu FA watering can (plastic) dan set senduk kayu. Barang-barang ni Puan Siti bagi dah lama, hampir dua bulan tapi saya baru dapat siapkan. Maaf Puan Siti ya..

Depan..

Belakang..

 Ini set senduk kayu..



Tuesday, October 12, 2010

FA roses cenderamata perkahwinan

Assalamualaikum buat semua.. Dah banyak hari tak buat n3.. Rasa sibuk sangat semenjak dua menjak nih. Macam2 program ada, plus anak yang bongsu pulak tak berapa sihat. N3 saya hari ni ialah FA signage roses yang saya lukis untuk hadiah perkahwinan rakan suami saya iaitu Pn. Julia dan suami nya, En. Shahrul. Warna papannya ialah pink plus purple (fuschia), nampak la romantik skit he he.. Bunganya pun combination pink, purple dan maroon.






 

Thursday, October 7, 2010

Kunjungan silaturahim rumah customer di Sg. Buloh

Salam semua.. n3 pagi ni bukan pasal tempahan folk art tetapi pasal ziarah ke rumah 2 orang customer iaitu Pn. Siti dan Pn. Susan (Suzana). Pn. Siti telefon saya minggu lepas ajak ke rumah nya. Katanya bukan la open house tapi saja ajak makan2. Buat pengetahuan kengkawan, Pn Siti ni memang pandai memasak especially baking cake ala2 secret recipe (best nya..). So, petang ahad lepas, saya bersama anak2 sampai la juga rumah Pn. Siti (hubby tak dpt ikut, ada kerja tp elok gak boleh berlama2 skit he he..). Wah.. cantik sungguh rumah Pn Siti dengan english deco nya. Terpana saya sekejap bila Pn. Siti kata dia habis bukan ribuan, bukan belasan tetapi puluhan ribu gak utk bertukar ke new english deco utk rumahnya.. Anyway berbaloi la ya Kak Siti.. Di bawa ni saya paparkan gambar2 rumah Pn. Siti dan Pn. Susan. Mereka bukan sahaja menempah dengan saya tetapi ramai lagi pelukis FA yang lain seperti Wani, Ira, Liza (Afeen), Letchumi dan lain-lain. TQ atas undangan Kak Siti.. Berselera sungguh saya dan anak-anak makan bihun sup ala kedah dan kek-kek cheese, coklat, karamel dan bagai-bagai lagi la. Moga2 Pn. Siti dimurahkan rezeki, Insya Allah..

Ini rumah Pn. Siti..
Perasan tak gambar scenery tu? Sehari lepas saya lukis, terus Pn. Siti ambik he he..







 Selepas ke rumah Pn. Siti, saya singgah pula rumah Pn. Susan. Mak ooi.. lagi banyak koleksi folk artnya. Kira Pn. Susan ni peminat tegar folk art nih..




Tuesday, October 5, 2010

FA scenery - Leson dengan En. Zahir

Salam buat rakan2 bloggers. Hujung minggu yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri scenery lesson dengan En. Zahir di Amcorp Mall. Dah lama saya mencari masa untuk belajar lukis scenery dgn En. Zahir. Kalau kengkawan masih ingat, sebelum ni saya pernah mengikuti scenery lesson dengan Pn. Norana juga cuma bila dah balik rumah, idea tak ada utk saya menyambung story yang saya lukis dgn Pn. Norana tu.. Saya melukis scenery yang saya belajar dengan En. Zahir pada talam atau dulang kenangan kepunyaan arwah mak mertua saya yang tersimpan di rumahnya di Kuala Kangsar. Talam ni dah berkarat, so seperti biasa la saya cat dulu dengan warna krim keseluruhannya. Belajar lukis scenery dengan En Zahir berbeza darp Pn. Norana dari segi tekniknya iaitu En. Zahir langsung tidak menggunakan sea sponge sama ada untuk basenya atau pun utk daun pokok. Berbeza dgn Pn. Norana yang banyak menggunakan sea sponge. So, ini lah hasilnya..



Masih ingat tak lagi pada gambar yang tak habis ni he he.. Ini la lesson saya dengan Pn. Norana. Apabila saya ikut lesson dengan En. Zahir, dapat la skit idea dan saya gabungkan kedua2 teknik pada sifu2 tu dalam gambar di bawah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...