Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, November 29, 2011

Bengkel Deco Painting/ Folk Art di Kuantan dan Rawang


Bengkel Deco Painting/ Folk Art dan Decoupage akan di adakan di :

1. Tempat : Semambu, Kuantan
Hari : Rabu dan Khamis
Tarikh : 7hb Disember 2011 (9.30 pagi -5.00 petang) - Deco painting/Folk Art
8hb Disember 2011 (2.30-5.00 ptg) - Decoupage
Penganjur : Puan Kahariah MK (Face book)

2. Tempat : Rawang, Selangor ( Deco painting/ Folk Art)
Hari : Sabtu
Tarikh : 10hb Disember 2011 (9.30-5.00 ptg)
Penganjur : Pn. Salimah Jamaluddin (Kak Sali Decoupage)

Sebarang pertanyaan, boleh contact melalui face book atau sms/call saya 019-4120749

Monday, November 28, 2011

Decoupage signage plus painting

Salam sejahtera buat semua.. Selamat menyambut Maal Hijrah juga saya ucapkan. Sehari dua ni kalut sungguh rasanya sbb anak saya 2 orang kena demam denggi serentak. Saya pun dah rasa sakit2 badan tapi kuatkan semangat demi anak2. So sehari dua ni, painting pun slow skit bcoz tak boleh nak concentrate. Kali ni saya upload decoupage signage plus daisies paintings with ribbons. Belon biru dan pink tu pun saya tambah sbb tak nak bagi nampak kosong sangat.


Tuesday, November 22, 2011

Special roses for special person..

Assalam buat semua.. Hari ni saya menarik nafas lega sbb berjaya siapkan beberapa tempahan seperti yang dirancang :) Gambar yang saya upload kali ni merupakan cenderahati daripada saya dan hubby utk bos hubby saya dan isterinya, Datin Mashitah. Dah lama saya berhajat utk hadiahkan satu hasil painting saya kepada Datin Mashitah.. dan alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkannya. InsyaAllah kami akan berjumpa pada hujung minggu ni sempena Hari Keluarga ofis hubby saya di Port Dickson. Actually, apabila saya melukis roses ni, banyak gak saya buat study dan observations thru roses paintings dalam internet. Saya ingat kata-kata Pn Aniza Khir- apabila melukis sebenarnya banyak alteration yg kita kena buat dari semasa ke semasa. Maksudnya utk hasilkan satu painting yg baik, banyak pengubahsuaian dan penambahan perlu dibuat. Memang saya rasa amat penat utk hasil kan painting ni tapi saya mendapat banyak ilmu sebenarnya apabila saya mencuba sesuatu yang baru... and of course, I need to make more improvements to achieve something better than this :)



Wednesday, November 16, 2011

Roses painting - Lesson with Pn. Aniza Khir

Salam sejahtera buat semua kengkawan.. Hari ni salah satu hari yang paling teruk saya alami hu hu.. Td customer dr Sabah mesej thru fb bgtau saya dah tersilap pos signage.. Mak oi.. terkejut besar saya. Rupa2nya signage ke Puchong dah sampai Sabah, yang Sabah dah sampai Puchong :( . Ini la first time selama saya ambik tempahan, saya tersilap pos tuannya.. Alhamdulillah, customer dr Sabah tu baik hati nak pos signage tu direct pd tuannya d Puchong dan saya akan ambik signage dia d Puchong dan pos ke Sabah semula. So, disebabkan kesilapan saya, saya akan tanggung semua kos pos.. Sebenarnya, 2,3 hari ni hati risau semacam je sebab anak sulung saya sedang menduduki SPM, semua jadi serba tak kena hu hu.. Ok la, berbalik kepada n3 hari ni, ini la hasil painting lesson saya dengan Puan Aniza. Rasa seronok sangat (sekurang2nya hilang la skit risau hi hi) sebab dpt blajar bunga ros jenis ni dgn Pn. Aniza. My next project is painting scenery atas tingkap lama. Dah buat 2 kali kelas tapi stop jap sebab blajar bunga ni. Dah siap nanti, saya akan share dgn kengkawan ya..

Monday, November 14, 2011

Sweet pink roses

Assalam buat semua.. Petang ni rajin plak saya hi hi meng'upload' gambar.. Saya nak share dgn kengkawan signage tempahan nun jauh dari Sabah. Maaf la sbb tak dpt nak share nama tuannya hi hi.. Tuan punya signage minta saya lukis warna soft pink, daunnya pun nak soft kaler gak.. So I try all my best la..

Hydrangeas watering can

Assalam.. Hari ni permulaan anak sulung saya menduduki SPM, risau pun ada hi hi.. Semoga Luqman Fahmi, anak saya dpt menjawab dengan tenang dan dipermudahkan Allah.. Hari ni saya upload watering can yang saya lukis hydrangeas utk Ana.

Bahagian belakang saya lukis simple aje..

Wednesday, November 9, 2011

Fruits on enamel pot

Assalam.. Hari ni saya upload gambar buah2an atas periuk enamel tempahan Ina. Ada 4 jenis buah yg saya lukis, lemon, epal,mulberi dan ceri..




Tuesday, November 8, 2011

Letterbox tempahan Shuhana

Assalam buat semua.. Alhamdulillah saya dah selamat sampai dari Ipoh setelah bercuti raya selama 3 hari. So rutin seperti biasa d rumah sambil menghabiskan tempahan kengkawan.. Kali ni saya upload gambar letterbox tempahan kedua Farizatul Shuhana dengan saya. Tempahan pertama hari tu, Shuhana menempah signage alamat rumah juga berwarna hitam so nampak mcm satu set la.. wording 'letterbox' tu actually mmg dah ada cuma saya warnakan dgn cat gold di atasnya..


Pandangan sisi..

Ini pula hasil kelas decoupage Eli dengan saya,,

Friday, November 4, 2011

Signage untuk Sahira

Salam pagi Jumaat buat kengkawan.. Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung kerahmatanNya.. Pagi ni saya upload signage khas untuk my ex student di Smk Aminuddin Baki iaitu Sahira Sa'ari. Saya dah janji since last year utk bagi dia hadiah signage ni since dia mendapat tempat pertama dlm exam akhir tahun. Dalam kesibukan melanda, tertangguh janji saya padanya sehingga lah saya bertukar ke Putrajaya. Dan alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkannya juga.. Walaupun saya dah berpindah dari SAB tapi kenangan saya bersama pelajar 1 Hemah last year akan saya ingat selama2nya.. seronok mengingatkan kerjasama my students and their parents hinggakan kelas kami selalu mendapat johan kelas paling ceria dan kelas form 1 terbaik last year hi hi..

Thursday, November 3, 2011

Pink signage buluh gantung

Assalam buat semua.. Hari ni ni saya upload signage buluh gantung kepunyaan Nurul dari ipoh. Nurul nak base warna pink so saya cuba make it pink sweet color. Daunnya ada kelainan skit drp signage buluh gantung yg sebelum ni. Harap2 Nurul suka..


Sebelum masuk wording..

Wednesday, November 2, 2011

Roses painting on a vase

Alhamdulillah, minggu ni saya dpt siapkan tempahan customer tetap saya iaitu Ana dan Ina.. Kali ni saya upload vase bunga kepunyaan Ana dan kuali kecil kepunyaan Ina.


Saya lukis folk art rose pada kuali kecil kepunyan Ina dan ada efek rustik skit kat keliling kuali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...